Monday, January 5, 2015

daddy yankee in da house!

23 November 2014 12.00 am Salam Specialist Centre Shah Alam Perasaan bercampur baur di saat dan ketika ini... Setelah menunggu dan berusaha selama 5 tahun, kali ini akan merubah hidupku selamanya! Ya! Aku akan bakal bergelar BAPA!! Satu tahap di dlm hidup sbg seorang manusia yg ditanggungjawabkan mempunyai isteri dan keluarga, apatah lagi mempunya zuriat keturunan sendiri... Aku sendiri masih belum mempercayai, mahupun fully ready bak kata omputih... Tp, apa yg aku mahukan dlm hidupku ini setelah 5 tahun mendirikan rumahtangga, inilah saat dan detiknya... Hari ini isteriku dimasukkan (admitted) di dlm wad, setelah genap 37 minggu usia kandungannya... Walaupun due date blom smpai lagi sbb dijangka 13/ disember, tp setelah beberapa ketika komplikasi terjadi ke atas isteriku membuatku risau dan cuba rasa gelisah juga.. Al maklumler, kali pertama beb! X pernah rasa ada zuriat sendiri sebelum ini kannn... So, ketika ini aku masih menunggu detiknya.. Isteriku masih terlantar menunggu keesokan paginya.. 7.30am Detik mengharungi malam yang aku rasakan plg panjang dlm hidupku. Sepanjang mlm x bole tidur lena mengenangkan kesakitan akibat contraction wife aku.. Dia lagi lah merana, menahan kesakitan itu.. Setiap 15 minit mulanya, dan menjelang pagi sudah jadi 5 minit berselang.. Kali ini dgn kesakitan yg amat dahsyat (hanya kaum ibu shj yg dpt merasai pengalaman ini) apa yg mampu aku lakukan adalah memujuk dia supaya bersabar, berzikir dan bersyahadah memuji Allah. Semoga dipermudahkan segalanya... Masuk ke labour room jam 8.00 am.. Dengan kesakitan atas contraction yg dh berlarutan sepanjang pagi... Misiku kuza dah mengambil kata putus bahawa wife aku ni kena masuk epidural iaitu ubat tahan sakit lebih kurang bius laa.. Tp dlm konteks maternity case... So, aku pon dgn hati yg sayu dan pilu mengizinkan suntikan epidural itu dibuat bg mengurangkan kesakitan wife aku.. Kesian beb tgok depa menahan sakit, terasa umpama ada org menarik2 urat perut ngan urat2 lain dlm tuh... 10.00 am Setelah pengambilan epidural dilakukan (oleh doktor pakar bius yang di on call, dtg agak lewat sket), barulah wife gue rasa lega sikit dr waktu tgh mlm sampai ke paginya sakit bagai menarik narik urat perutnya.. Bila dah lega, dan dan demam yg baru dialami sebelum ini terus hilang dan ubat yg diberikan doct tesebut sehongga penuh yakin jek. Prosedur seterusnya ialah menunggu doktor bersalin merangkap bidan n pakar sakit puan, Detik yang ditunggu telah tiba, setelah pemantauan dan penelitian yg dilakukan doktor disini amatlah bagus dan professional skali terhadap progress baby dan mummy dia laa... Maka prosedur bersalin akan dilakukan. Aku yg pd ketika itu, tgh cuak dlm labour room yg x pernah aku masuk ke tlg ke.. Memang tk!! Tahap kecuakan aku pd masa ini mmg di tahap gaban lagik.. Disebabkan first time dlm hidupku nk merasai pengalaman menyambut kelahiran zuriat ku sendiri! Pasti x ramai yg boleh buat mcm aku yg sememangnya macam2! Kugagahkan jua nk menemani wife gue yg ketika ini kelangsungan ubat epidural tu dh membantu menghilangkan sakit di saat begini. 12.10 pm Waktu yg dinantikan telahpun tiba! Dengan dokto dan misi misiku kuza sdg sibuk mengemaskinikan peralatan mereka utk sambutan kelahiran bakal anak ku.. Waktu ini juga wifeku antara sakit, letih dan x nebes pada masa yg sama... Masakan tidak, benda first time dlm hidup, mustilah perasaan mcmc2 dtg serentak.. Ketika dan saat ini juga aku x berenti-henti berzikir dan berdoa agar semuanya selamat! Ketika dok masuk dgn baju ala pembedahan tuh, waktunya sudah sampai.... 12.20pm Aku ingat lagik arahan dok tu pd aku, "awak kena support wife awak meneran dan support dia" . Aku yg x tau apa ketika itu pon dh rasa kecuakkan.. Dan akhirnya setelah 3-4 kali push plus meneran, wife aku selamat melahirkan sebutir bintang ke dunia kami!! Dengan doktor selamba menarik keluar baby tu, dan terus letak atas perut wife ku! Depan mataku terkujur tubuh baby ku yg ketika baru keluar mmg lebam satu badan, lebam kebiruan..dengan prosedur doktor tu buat kat baby, ditepuknya berulang kali pd baby sehingga baby ku nangis sekuat hati dan kembali berubh mnjadi merah- kemerahan sediikit.. Pada mulanya nk jek aku pegang dan dukung baby, tp dlm keadaan begitu, hanya dok dan misi jek yg tau nk buat cemana.. Dan tepat jam 12.20 pm itulah pada tanggal 24/11/2014 puteri sulung ku lahir kedunia ini dgn selamat bersama wife ku yg kelihatan sedih plus happy sbb kami dah menunggu detik ni selama 5 tahun Alhamdulillah... Kurniaan terhebat Allah terhadap ku! Kurniaan gemilang bagi keluarga ku! Kurniaan kebahagiaan yg hilang selama ini... Amin

No comments:

Post a Comment